pada 05-06-2017,beberapa kawasan di sabah terutamanya di daerah Ranau dan Kota Belud telah mengalami bencana di luar jangkaan manusia iaitu gempa bumi berskala recter 6.2 pada jam 07.15am selama 20saat.Ia telah mengakibatkan seluruh penduduk yang mengalami nya berasa panik.untuk sejarah,kawasan ranau dan sekitarnya pernah mangalami gempa bumi pada 90an iaitu 1991 dengan kekuatan 6.0skala recter yang selain daripada gegaran yang diakibatkan oleh letusan gunung berapi di ndonesia pada tahun 1994.
Dalam kejadian tersebut,kesan yang sangat ketara boleh dilihat di sekeliling gunung kinabalu dengan banyak tompok2 runtuhan besar samada di bahagian atas atau di kaki gunung kinabalu,Runtuhan batu di atas pula telah mengakibatkan kematian beberapa malim gunung tempatan dan juga pelancong dari dalam dan luar negara sebanyak 18 orang.
Selepas kejadian tersebut,beratus2 gegaran susulan telah terjadi dengan kekuatan 2.0 hingga 5.5 skala recter walaupun sudah beberapa bulan kejadian tersebut berlalu,semasa post ini ditulis gegaran masih ada tetapi sangat jarang,
Akibat daripada tanah runtuh yang berada di kawasan gunung kinabalu itu telah mengakibatkan laluan sungai telah ditutupi dengan tanah runtuhan yang juga telah mengakibatkan sungai menjadi seperti tasik,dan selepas beberapa hari setelah tanah yang menutupi laluan sungai sudah tidak dapat menampung air tersebut telah pecah dan mengakibatkan banjir lumpur dan kayu yang sangat besar di sungai kiau dan sungai mesilau(kesan banjir boleh dilihat melalui google map update 2015).100% air bersih telah hilang kerana telah bertukar menjadi lumpur pekat,dan mengakibatkan penduduk di kawasan daerah ranau yang menggunakan air daripada Jabatan Air telah hilang bekalan air bersih.
Alhamdulilah syukur kerana setelah berita mengenai bekalan air bersih telah terjejas,banyak NGO,Ahli perniagaan,Persendirian telah menghulurkan bantuan kepada kawasan2 kampung yang telah terjejas.
dan di bawah adalah sebahagian daripada NGO yang telah menghulurkan bantuan air mineral kepada beberapa buah kampung sekitarnya.
En Azizul 4 dari kiri adalah ketua NGO tersebut sedang bersalaman dengan En Julaimie pada 27-07-2015 |
untuk melihat video di atas,sila aktifkan flash player device anda
Saya mewakili seluruh penduduk Kg Pinausok ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Individu,NGO dan sesiapa sahaja yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa2 yang terjejas akibat bencana tersebut tanpa mengira kaum,agama dan budaya,
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
1 MALAYSIA
untuk memuat turun aplikasi Blog Kg Pinausok sila tekan Apps DK yang ada di atas atau terus saja DI SINI
atau klik ikon aplikasi tersebut di bawah.
untuk memuat turun aplikasi Blog Kg Pinausok sila tekan Apps DK yang ada di atas atau terus saja DI SINI
atau klik ikon aplikasi tersebut di bawah.