Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana berkunjung ke blog Kg Pinausok.Untuk keterangan,blog ini direka bagi memudahkan orang ramai mendapatkan sedikit sebanyak maklumat mengenai Kg Pinausok,dan juga kerana sebagai panduan anak-anak muda yang berasal daripada Kg ini sendiri di masa akan datang.
pada postingan saya sebelum ini,sya telah membuat postingan mengenai gotong royong merobohkan bangunan balai raya. Dan kali ini saya teruskan dengan topik Meratakan Tapak bekas tapak balai raya sebelum ini untuk ditukar kepada Dewan Mini yang berukuran 40 x 60 kaki persegi,Setelah bertahun tahun lamanya kg pinausok telah membuat permohonan bagi pembinaan dewan di kg pinausok,akhirnya pada tahun 2015,permohonan tersebut telah diluluskan.Kami seluruh warga kg pinausok ingin berterima kasih kepada ahli jawatan kuasa JKKK kg pinausok kerana telah bertungkus lumus untuk pembangunan dalam kg pinausok,dan terima kasih tidak terhingga kepada Pengerusi JKKK kg pinausok iaitu EN SETALIE@AZIZAN SARUNGIN kerana tidak berputus asa memajukan kg pinausok.
Berkenaan dengan tajuk di atas,pada 15-10-2015,proses merata tapak untuk pembinaan dewan telah dijalankan menggunakan jentera yang sesuai,proses merata ini dilakukan kerana sebelum ini,tapak tersebut sangat kecil dan tidak dapat menampung keluasan bangunan dewan sebesar 40 x 60 kaki persegi,,dan apabila proses merata sudah selesai,keluasan tapak tersebut telah mencukupi dan sesuai untuk pembinaan dewan,di bawah adalah sedikit gambar yang telah diambil semasa proses merata dijalankan
oleh kerana video ini tidak diupload dalam you tube,anda dikehendaki mengaktifkan flash player browser mobile,pc/laptop anda untuk menonton video ini.
Untuk pembinaan dewan,akan dilakukan selepas tanah yang telah diratakan tersebut benar benar kukuh/stabil bagi memastikan tidak berlaku mendapan tanah di masa akan datang semasa pembinaan atau selepas pembinaan,Jika pembinaan dewan mula dilakukan,saya sebagai admin blog kampung pinausok akan memasukan gambar gambar itu di postingan akan datang,Terima Kasih,Sudi Datang Lagi
untuk memasang/memuat turun aplikasi Blog Ini,sila ke SINI
Assalamualaikum
0 ulasan:
Catat Ulasan
PERHATIAN!!!
SILA BERI PANDANGAN DAN ULASAN YANG BERKAITAN SAHAJA.ULASAN YANG TIDAK SESUAI TIDAK AKAN DILAYAN/PENULIS BLOG INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SETIAP ULASAN YANG BERUNSUR (HASUTAN-KEGANASAN-JENAYAH),,TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA