Ahad, 22 November 2015

PENYERAHAN BANTUAN TANGKI AIR DARIPADA ILAM (Institute of Landscape Architects Malaysia) pada 17-10-2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca sekalian

Pada 17-10-2015,pihak NGO Institute of Landscape Architects Malaysia dengan nama singkatan (ILAM) telah menyerahkan bantuan yang berupa 10 biji tangki bagi menampung bekalan air di Kg Pinausok yang akan diletakkan di tapak yang telah disediakan sebelum ini (boleh tengok artikel sebelum ini tentang pembinaan tapak tangki di sini).
Kami warga Kg Pinausok amat-amat berterima kasih kepada pihak ILAM kerana sudi memberi bantuan yang sangat diperlukan seperti ini,yang sedikit sebanyak telah mambantu kepada seluruh warga Kg Pinausok..


pihak ILAM (hijau)

bergambar bersama pihak ILAM dan warga kg yang datang


Bantuan ini telah dilakukan disebabkan bekalan air bersiih di Kg Pinausok telah terjejas akibat bencana Gempa Bumi sebelum ini yang benar-benar telah mengejutkan penduduk sekitar daerah Ranau mahupun Negeri SABAH tanah airku,

untuk memuat turun aplikasi blog ini, sila tekan ini